SUBJEK FEQAH

SUBJEK FEQAH

Wednesday, 25 February 2015

TOIK 9 (zAkAt )

  • Zakat 


(زكاة) (dari kata tazakka - mensucikan ialah derma yang wajib diberikan orang Islam yang mampu kepada 8 golongan (asnaf) yang berhak menerimanya. 
Dari segi bahasa zakat bererti bersih, suci, subur dan berkembang.

  • Syarat wajib zakat


Mana-mana individu yang ingin membayar zakat harus di ambil kira syarat wajib zakat. Ia perlu difahami dan dipenuhi sebelum membuat sebarang taksiran. Syarat-syarat tersebut adalah:
  • Islam
  • Merdeka
  • Sempurna milik
  • Harta usaha yang baik sebagai sumber zakat
  • Cukup nisab (jumlah perolehan untuk berzakat genap atau melepasi nilai minimum)
  • Cukup haul (genap setahun Hijriah atau tahun Masihi)
  • Niat untuk berniaga (zakat perniagaan sahaja)
  • Pengertian Islam
Zakat hanya dikenakan kepada orang-orang Islam sahaja.

  • Pengertian merdeka

Seseorang yang ingin membayar zakat itu ialah bukan tergolong dalam kalangan hamba abdi bermaksud mereka yang benar-benar bebas dari era penjajahan secara terang dan jelas, dimana wilayahnya tidak berada dalam kancah penindasan dan peperangan akibat penjajahan. Maka golongan ini diwajibkan membayar zakat.

  • Sempurna milik

Harta yang hendak dizakat hendaklah dimiliki dan dikawal sepenuhnya oleh orang Islam yang merdeka. Bagi harta yang berkongsi antara orang Islam dengan orang bukan Islam, hanya bahagian orang Islam sahaja yang diambil kira di dalam pengiraan zakat.

  • Harta usaha yang baik sebagai sumber zakat

Para Fuqaha’ merangkumi semua pendapatan dan penggajian sebagai “Mal Mustafad” iaitu perolehan baru yang termasuk dalam taksiran sumber harta yang dikenakan zakat.

  • Cukup nisab

Nisab adalah paras minimum yang menentukan sesuatu harta itu wajib dikeluarkan atau tidak. Nisab menggunakan nilai emas harga semasa iaitu 20 misqal emas bersamaan 85 gram emas atau 196 gram perak.

  • Cukup haul

Bermaksud genap setahun iaitu selama 354 hari mengikut tahun Hijrah atau 365 hari mengikut tahun Masihi. Dalam zakat pendapatan, jangkamasa setahun merupakan jangkamasa mempersatukan hasil-hasil pendapatan untuk pengiraan zakat pendapatan.

  • Niat untuk berniaga

Khusus buat para peniaga yang telah memperoleh pulangan dan pendapatan hasil perniagaan dan menepati semua syarat wajib diatas wajib membayar Zakat perniagaan.

  • Jenis zakat

Zakat terbahagi kepada dua jenis iaitu:
  1. Zakat fitrah
  2. Zakat harta

  • Zakat fitrah

Pembayaran zakat fitrah dibayar pada bulan Ramadhan sahaja mulai 1 Ramadhan hingga 1 Syawal sebelum solat sunat Aidilfitri.

  • Zakat harta

Manakala zakat harta boleh dibayar pada bila-bila masa. Kadar zakat harta ialah 2.5% dari jumlah harta. Ia bermaksud segala harta benda kita, 2.5% dari harta kita itu adalah bukan hak kita tetapi hak golongan 8 asnaf yang layak menerima zakat daripada kita. 
Zakat harta wajib dikeluarkan kerana ia adalah satu jalan jihad kepada Allah dan Islam.



  • Jadual zakat

Perkara yang menyebabkan zakat wajib dibayarNilai minimum yang diperlukan bagi membayar zakat (Nisab)Kadar pengeluaran zakat
1. Hasil keluaran pertanianAwsuq[3][4] (653 kg (1,440 lb)) per tuaian5% dari hasilan tanah usaha dalam bentuk irrigasi; 10% dari hasilan tanah yang disirami hujan semulajadi.[5]
2. Emasperak, hasilan emas dan perak85 g (3 oz) emas atau 595 g (21 oz) perak[6]2.5% nilai[6]
3. Simpanan dalam bank atau dalam tanganNilai 595 g (21 oz) perak[6]2.5% jumlah[6]
4. Barangan daganganNilai 595 g (21 oz) perak[6]2.5% nilai barang[6]
5. Hasilan perlombonganApa-apa kuantiti[6]20% dari nilai hasilan[6]
6. Lembu dan kerbau30 ekor dalam bilangan[6]seekor dari 59 ekor yang pertama, 2 ekor untuk 89 ekor seterusnya, 3 ekor untuk 150 ekor seterusnya, atau seekor lembu/kerbau berumur setahun bagi 39 ekor pertama, 1 ekor lembu/kerbau berumur 2 tahun bagi 59 ekor seterusnya, 2 ekor lembu/kerbau berumur setahun bagi 69 ekor seterusnya[6]
7 Kambing & kambing biri-biri40 dalam bilangan[6]1 ekor untuk 40 ekor pertama, 2 ekor untuk 120 seterusnya; 3 ekor untuk lebih dari 200 ekor, 1 ekor tambahan bagi setiap 100 ekor seterusnya[6]
8. Unta5 dalam bilangan[6]
  1. sehingga 5-24, 1 ekor kambing biri-biri atau kambing bagi setiap 5 ekor unta;
  2. 25-35, seekor setahun unta betina;
  3. 36-45, seekor 2-tahun unta betina;
  4. 46-60, seekor 3-tahun unta betina;
  5. 61-75, seekor 4-tahun unta betina;
  6. 76-90, dua-ekor 2-tahun unta betina;
  7. 91-120, tiga-ekor 3-tahun unta betina;
  8. 121 atau lebih, seekor 2-tahun unta betina untuk setiap tambahan 40 ekor atau seekor 3-tahun unta betina untuk tambahan 50 ekor. Mereka juga mesti memberi makanan dan peralatan kendiri bagi setiap satu ekor unta yang hendak dizakatkan.[6]

  • Golongan yang layak menerima zakat

Zakat ini mesti dibayar kerana ia akan digunakan untuk kerja kebajikan seperti memberi bantuan kepada 8 golongan asnaf yang berhak untuk menerima wang zakat. 8 golongan adalah:
  1. Fakir - Orang yang tidak berharta serta tidak mempunyai pekerjaan sama sekali, atau orang yang mempunyai harta dan pekerjaan tetapi tidak dapat menampung keperluan hariannya. Contoh, keperluannya sehari ialah RM 10.00 tetapi dia hanya ada RM 2.00 sahaja.
  2. Miskin - Orang yang mempunyai harta tetapi tidak mencukupi keperluan hariannya. Contoh, keperluan hariannya RM 10.00, tetapi dia hanya ada RM 7.00 sahaja.
  3. Amil - Orang/Pekerja yang ditugaskan oleh pemerintah mengutip/mengagih zakat.
  4. Muallaf - Saudara baru memeluk Islam
  5. Riqab - Hamba yang menebus dirinya secara ansuran.
  6. Al-Gharimin - Orang yang menanggung hutang dan tidak mampu untuk menyelesaikanya
  7. Fisabilillah - Orang yang berjuang di jalan Allah.
  8. Ibnus sabil - Musafir yang terputus bekalannya semasa di perantauan
Selain dari golongan 8 asnaf ini, mereka TIDAK LAYAK untuk menerima wang zakat.

  • Hikmah Zakat

  1. Mengurangkan jurang antara mereka yang berada dengan mereka yang miskin.
  2. Membantu mereka yang berjuang dan berdakwah dalam meninggikan kalimah Allah SWT.
  3. Membersihkan dan mengikis akhlak yang buruk
  4. Alat pembersih harta dan penjagaan dari ketamakan orang jahat.
  5. Ungkapan rasa syukur atas nikmat yang Allah SWT berikan
  6. Untuk pengembangan upaya umat
  7. Memberi kekuatan moral kepada orang yang baru masuk Islam
  8. Menambah pendapatan negara untuk projek-projek yang berguna bagi ummat.

No comments:

Post a Comment