- Maksud Najis:
Sesuatu benda kotor yang menyebabkan tidak sah solat dan tawaf.
- contoh2x najis ada sembilan jenis,iaitu:
b) bangkai haiwan
c) nanah
d) darah
e) air kencing
f) khinzir
g) anjing
h) muntah
i) arak
- Bahagian najis ada tiga:
air kencing
anak lelaki di bawah 2 tahun yang hanya menyusu susu ibu sahaja,
cara menghilangkannya :
- Renjiskan sedikit air sehingga hilang kesan najis .
2.Najis Mutawasitah ( Sederhana/Tengah-tengah)
Selain dari babi, anjing dan air kencing anak lelaki di bawah 2 tahun yang hanya menyusu susu ibu sahaja, semua najis adalah najis mutawasitah (pertengahan).
Cara menghilangkannya :
- Hilangkan dan bersihkan ain (benda) najis itu terlebih dahulu. Pastikan bau, warna dan rupa najis itu hilang sepenuhnya. Jika warna atau bau najis sangat sukar dihilangkan, ia boleh dimaafkan tetapi jika rupa (aini) najis itu masih kelihatan, ia tidak boleh dihukum suci (najis tidak terangkat).
- Kemudian jirus atau lalukan air mutlaq (air paip) ke tempat yang terkena najis itu sekali sahaja.
3. NAJIS MUGHALLAZAH (Berat).
- Najis mughallazah ialah anjing dan babi dan keturunan daripada keruanya atau salah satu daripada keduanya. Maka daging anjing dan babi, air liurnya, kotorannya, peluhnya dan lain-lain daripada keduanya adalah najis yang berat iaitu najis mughallazah.
- Cara menyucikannya ialah hendaklah dibuang najis itu terlebih dahulu, kemudian barulah tempat yang terkena najis dicuci dengan air Mutlak sebanyak tujuh kali dan sekali daripadanya dengan air yang bercampur dengan tanah yang suci sehingga hilang sifatnya (bau, rasa dan warnanya).
- Adapun tanah yang bercampur itu hingga mengeruhkan warna air tersebut.
ANJING
BABI
No comments:
Post a Comment