- Puasa Ramadhan
Puasa Ramadhan ertinya menahan diri daripada makan dan minum serta segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar sehinggalah terbenam matahari pada bulan Ramadhan. Hukum puasa Ramadhan adalah wajib bagi umat Islam. UmatIslam juga dikehendaki menahan diri daripada menipu, mengeluarkan kata-kata buruk atau sia-sia, serta bertengkar atau bergaduh. Ini kerana puasa merupakan medan latihan memupuk kesabaran, kejujuran serta bertolak ansur dalam diri. Secara tidak langsung amalan puasa akan menyuburkan sikap murni di dalam diri pelakunya. Adalah menjadi harapan kita agar kesemua nilai yang baik ini akan terus dipraktikkan ke bulan-bulan berikutnya.
- Niat Puasa Ramadhan
Tidak wajib dan tidak juga sunat berniat dalam bahasa Arab, memadai dalam bahasa Melayu atau apa-apa bahasa yang kita fahami. Tetapi baik dan berpahala jika diamalkan dalam bahasa Arab dengan niat kita cinta kepada bahasa Arab sebagai bahasa Nabi Muhammad s.a.w. dan bahasa Al-Quran.
- Lafaz niat
Lafaz setiap malam. Niat ringkas:نَوَيْتُ صَوْمَ رَمَضَانَ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya: Sahaja aku puasa Ramadhan kerana Allah Taala.
نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya: Sahaja aku puasa esok kerana Allah Taala.
Lafaz Niat Yang Lengkap:
نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya: Sahaja aku puasa esok hari bagi menunaikan puasa Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.
نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya: Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.
نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ وَ إِلَى ءَاخِرِ رَمَضَانَ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya: Sahaja aku berpuasa esok dan sehingga akhir Ramadhan ini kerana Allah Ta’ala.
- Waktu berniat
Waktu berniat bermula daripada terbenam matahari, yakni masuk waktu sembahyang fardhu Maghrib hinggalah sebelum terbit fajar shadiq (waktu Subuh). Oleh itu, bolehlah dilakukan niat puasa pada mana-mana bahagian daripada waktu tersebut, walaupun semasa berbuka.
- Hukum puasa
Wajib
- Puasa Wajib
- Puasa di bulan Ramadhan merupakan salah satu daripada Rukun Islam. Syariat puasa Ramadhan difardhukan kepada umat Muhammad s.a.w. pada tahun ke-2 Hijrah. Makanya, wajiblah ia dilakukan oleh semua orang Islam.
- Puasa Kifarah.
- Puasa qadha
- Puasa Nazar.
- Puasa Sunat
Hari-hari berikut disunatkan berpuasa bagi umat Islam:- Puasa enam hari pada bulan Syawal
- Puasa pada Hari Arafah pada 9 Zulhijjah, namun menurut Ahli Sunah Waljamaah (Sunni), berpuasa pada 9 Zulhijjah adalah haram bagi orang yang menunaikan ibadah Haji. Berpuasa pada 9 Zulhijjah juga adalah dilarang dalam Mazhab Syiah.
- Puasa pada hari tasu'a 9 muharam danHari Asyura pada 10 Muharam
- Puasa pada Hari Isnin dan Khamis
- Puasa pada 13, 14, 15 haribulan pada setiap bulan Islam Hijrah. Pada tarikh-tarikh tersebut bulan akan berada dalam keadaan amat jelas kelihatan serta purnama penuh. Juga dikenali sebagai Puasa Hari Putih.
- Puasa Haram
- Puasa pada Hari Syak pada hari 30 Syaaban
- Puasa pada Hari Raya Aidil Fitri pada 1 Syawal
- Puasa pada Hari Raya Aidil Adha pada 10 Zulhijjah
- Puasa pada Hari Tashriq pada 11, 12, 13 Zulhijjah
- Puasa perempuan haid & Nifas
- Puasa pada Hari Arafah yakni pada 9 Zulhijjah, larangan berpuasa menurut Mazhab Syiah, tetapi berpuasa pada hari tersebut adalah sunat bagi Muslim yang mengikuti Mazhab Ahli Sunah Waljamaah, namun menurut pandangan Ahli Sunah Waljamaah juga, haram berpuasa pada hari tersebut bagi orang yang menunaikan Haji di Arafah.
- Puasa sunat seorang perempuan tanpa izin suaminya sedangkan suaminya berada di rumah
- Puasa bagi orang yang bimbang berlakunya mudharat ke atas dirinya kerana berpuasa
- Syarat wajib puasa
Orang-orang Islam yang memenuhi syarat-syarat di bawah ini diwajibkan berpuasa pada bulan Ramadhan:- Berakal/waras
- Baligh (cukup umur)
- Mampu/tidak uzur.
- Syarat sah puasa
- Orang Islam
- Berakal - tidak sah jika gila atau kanak-kanak belum mumayyiz
- Suci daripada haid dan nifas
- Dalam waktu yang dibolehkan berpuasa, iaitu bukan dalam tempoh haram puasa.
- Rukun puasa
Rukun puasa ada dua, iaitu:- Berniat pada malam harinya
- Menahan diri dari perkara-perkara yang membatalkan puasa mulai terbit fajar hingga terbenam matahari.
- Sunat puasa
Perkara-perkara berikut disunatkan ketika berpuasa:- Makan sahur serta melambatkannya
- Menyegerakan berbuka dan sunat berbuka dengan buah kurma atau benda-benda yang manis atau air
- Menjamu orang-orang berbuka puasa
- Solat Tarawih pada malam harinya
- Memperbanyakkan ibadah dan berbuat kebaikan
- Berungguh-sungguh dan tekun berjaga malam pada 10 malam terakhir Ramadhan untuk mendapatkan malam al-Qadar atau Lailatul Qadar.
- Perkara yang membatalkan puasa
Manakala perkara-perkara berikut akan membatalkan puasa jika terjadi:- Makan dan minum dengan sengaja walaupun pada nilaian dan kadaran yang sedikit pun,seperti memakan saki baki makanan kecil yang terlekat pada celah gigi dan lain-lain lagi.
- Muntah dengan sengaja
- Bersetubuh
- Mengeluarkan air mani dengan sengaja
- Keluar darah haid atau nifas
- Hilang akal (seperti gila)
- Pitam(termasuk pengsan) atau mabuk sepanjang hari.
- Merokok disiang hari.(Termasuk menghisap ganja atau dadah)
- Murtad (keluar dari Islam)
- Memasukkan sesuatu ke dalam rongga terbuka seperti menyembur pewangi atau menyegar mulut dan sebagainya.Larangan ini tidak termasuk memasukkan air atau udara kedalam rongga terbuka kerana ingin berwuduk atau melegakan kesakitan dan ketidakselesaan pada rongga(dengan syarat air tersebut tidak diminum atau ditelan dengan sengaja).
- Mereka yang diizinkan berbuka puasa sebelum waktunya
Terdapat kelonggaran (harus) kepada golongan yang berikut untuk berbuka:- Orang yang sakit .
- Orang yang berkerja buruh.
- Orang yang dalam perjalanan lebih dari 2 marhalah (musafir).
- Orang tua yang sudah lemah.
- Orang yang hamil dan ibu yang menyusukan anak.
- Doa buka puasa
اللهم لك صمت وبك امنت وعلى رزقك أفطرت
Ya Allah, Aku telah berpuasa untuk Kau dan pada Kaulah aku mempercayai dan aku membuka puasa dengan apa yang Kau berikan
No comments:
Post a Comment