- Maksud :
Istinjak merujuk kepada penyucian seseorang daripada najis berikutan membuang air besar ataupun air kecil dengan cara menyucikan pada tempat terbitnya najis tersebut menggunakan air ataupun lain-lain benda yang dibolehkan. Yang diistinjak adalah sesuatu yang keluar daripada 2 jalan perlepasan - qubul dan dubur. Hukum melakukan istinjak adalah wajib.
- Bahan Yang Boleh Digunakan Sewaktu Istinjak
- Menggunakan sesuatu yang keras dan kesat diikuti air.
- Menggunakan air semata-mata.
- Menggunakan sesuatu yang keras dan kesat seperti batu, daun-daun kering atau kertas semata mata. Bilangan batu yang digunakan biarlah jumlah yang ganjil.
Beristinjak dengan benda-benda kesat mesti memenuhi beberapa syarat seperti berikut :
- alat tersebut kering dan bersih
- najis yang hendak dicuci masih belum kering
- najis tersebut tidak beralih daripada tempat asalnya;
- beristinjak dilakukan dengan disapu sebanyak tiga kali, dan sekiranya belum bersih mesti diulang sehingga bersih dari kesan warna, kesan rasa (fizikal) dan kesan bauannya .
- Barang yang dilarang digunakan untuk beristinjak
Terdapat bahan-bahan yang tidak boleh digunakan untuk melakukan istinjak seperti barang-barang yang dimakan oleh manusia seperti buah-buahan, ataupun bahan makanan yang lain.
Kita juga tidak boleh menggunakan tulang-tulang binatang untuk beristinjak. Ini diambil dari hadis Dari Ibnu Mas'ud bahawa Nabi saw pernah bersabda : “Janganlah kamu beristinjak dengan tahi kering dan jangan pula dengan tulang-tulang kerana sesungguhnya tulang-tulang itu makanan saudaramu dari bangsa jin” HR At Tarmizi. Kita dilarang beristinjak menggunakan kertas atau sesuatu yang mempunyai tulisan ayat-ayat suci Al-Quran ataupun kertas yang tertulis di atasnya nama-nama Allah.
- Adab Beristinjak
- Semasa melakukan istinjak kita dilarang menggunakan tangan kanan.
- "Dikatakan orang pada Salman : Nabimu telah mengajar kamu segala sesuatu sampai soal kekotoran. Ujar Salman : Memang, kami di larang mengadap kiblat di waktu buang air besar atau kencing, atau bersuci dengan tangan kanan atau bersuci dengan batu yang banyaknya tidak cukup tiga buah atau bersuci dengan barang najis atau tulang. " HR Muslim
- Apabila telah selesai melakukan istinjak dan ketika keluar dari tandas, dahulukan kaki kiri dari kanan bergerak keluar dan memuji Allah yang telah menghilangkan penyakit.
No comments:
Post a Comment