SUBJEK FEQAH

SUBJEK FEQAH

Wednesday, 25 February 2015

tOpIk 10 ( cArA-CaRa MemAnDikAn mAyAt )

  • CARA-CARA MEMANDIKAN JENAZAH

1- Pengendali mayat hendaklah memakai lengkap dengan sarung tangan.

2- Letakkan mayat ditempat mandi yang disediakan.

3- Siramkan mayat dengan air biasa dari hujung kepala hingga hujung kaki. Siraman air hendaklah bermula daripada kepala.

4- Istinjakkan mayat terlebih dahulu dengan menggunakan kain alas agar tidak tersentuh auratnya.

5- Angkat sedikit bahagian kepalanya sehingga paras dadanya.

6- Menggeluarkan kotoran dalam perutnya dengan menekan atau memicit-micit perutnya secara perlahan.

7- Membersihkan mulut dengan mengeluarkan segala sisa atau kotoran yang tinggal.

10- Selepas itu siram atau basuh seluruh anggota mayat dengan air sabun juga.

11- Kemudian bilas dengan air yang bersih ke seluruh anggota mayat sambil berniat.

Lafaz niat jenazah lelaki " Sahaja aku memandikan jenazah lelaki ini kerana Allah Taala."
Lafaz niat jenazah perempuan " Sahaja aku memandikan jenazah perempuan ini kerana Allah Taala."

12- Telentangkan mayat, siram atau basuh dari kepala hingga hujung kaki 3 kali dengan air bersih.

13- Siram sebelah kanan dan kiri 3 kali.

14- Kemudian mengiringkan mayat ke kiri basuh bahagian lambung kanan sebelah belakang.

15- Mengiringkan mayat ke kanan basuh bahagian lambung sebelah kirinya pula.

16- Terlentangkan semula mayat, ulangi menyiram dari kepala sehingga ke hujung kaki.

17- Sediakan air kapur barus.

18- Tutup seluruh anggota mayat dengan kain nipis(kain kapan).

19- Siram air yang dicampur dengan kapur barus di atas kain dari atas kepala sehingga ke hujung kaki.

20- Lepas itu wudukkan mayat.

21- Lapkan mayat menggunakan tuala pada seluruh badan mayat.

22- Cawatkan bahagian kemaluan mayat dengan cawat yang disediakan dan tutup seluruh tubuhnya dengan kain.

23- Setelah itu mayat diusung ke tempat pembaringan untuk dikafankan.

24- Segala bahagian yang tercabut dari anggota mayat, hendaklah dimasukkan ke dalam kapan bersama dengan mayat. Contohnya rambut, kuku dan lain-lain.

8- Siram dan basuh dengan air sabun.

9- Bersihkan gigi, hidung, telinga, jari tangan, pelipat lengan, celah ketiak, rambut, dan jari kaki.



TOIK 9 (zAkAt )

  • Zakat 


(زكاة) (dari kata tazakka - mensucikan ialah derma yang wajib diberikan orang Islam yang mampu kepada 8 golongan (asnaf) yang berhak menerimanya. 
Dari segi bahasa zakat bererti bersih, suci, subur dan berkembang.

  • Syarat wajib zakat


Mana-mana individu yang ingin membayar zakat harus di ambil kira syarat wajib zakat. Ia perlu difahami dan dipenuhi sebelum membuat sebarang taksiran. Syarat-syarat tersebut adalah:
  • Islam
  • Merdeka
  • Sempurna milik
  • Harta usaha yang baik sebagai sumber zakat
  • Cukup nisab (jumlah perolehan untuk berzakat genap atau melepasi nilai minimum)
  • Cukup haul (genap setahun Hijriah atau tahun Masihi)
  • Niat untuk berniaga (zakat perniagaan sahaja)
  • Pengertian Islam
Zakat hanya dikenakan kepada orang-orang Islam sahaja.

  • Pengertian merdeka

Seseorang yang ingin membayar zakat itu ialah bukan tergolong dalam kalangan hamba abdi bermaksud mereka yang benar-benar bebas dari era penjajahan secara terang dan jelas, dimana wilayahnya tidak berada dalam kancah penindasan dan peperangan akibat penjajahan. Maka golongan ini diwajibkan membayar zakat.

  • Sempurna milik

Harta yang hendak dizakat hendaklah dimiliki dan dikawal sepenuhnya oleh orang Islam yang merdeka. Bagi harta yang berkongsi antara orang Islam dengan orang bukan Islam, hanya bahagian orang Islam sahaja yang diambil kira di dalam pengiraan zakat.

  • Harta usaha yang baik sebagai sumber zakat

Para Fuqaha’ merangkumi semua pendapatan dan penggajian sebagai “Mal Mustafad” iaitu perolehan baru yang termasuk dalam taksiran sumber harta yang dikenakan zakat.

  • Cukup nisab

Nisab adalah paras minimum yang menentukan sesuatu harta itu wajib dikeluarkan atau tidak. Nisab menggunakan nilai emas harga semasa iaitu 20 misqal emas bersamaan 85 gram emas atau 196 gram perak.

  • Cukup haul

Bermaksud genap setahun iaitu selama 354 hari mengikut tahun Hijrah atau 365 hari mengikut tahun Masihi. Dalam zakat pendapatan, jangkamasa setahun merupakan jangkamasa mempersatukan hasil-hasil pendapatan untuk pengiraan zakat pendapatan.

  • Niat untuk berniaga

Khusus buat para peniaga yang telah memperoleh pulangan dan pendapatan hasil perniagaan dan menepati semua syarat wajib diatas wajib membayar Zakat perniagaan.

  • Jenis zakat

Zakat terbahagi kepada dua jenis iaitu:
  1. Zakat fitrah
  2. Zakat harta

  • Zakat fitrah

Pembayaran zakat fitrah dibayar pada bulan Ramadhan sahaja mulai 1 Ramadhan hingga 1 Syawal sebelum solat sunat Aidilfitri.

  • Zakat harta

Manakala zakat harta boleh dibayar pada bila-bila masa. Kadar zakat harta ialah 2.5% dari jumlah harta. Ia bermaksud segala harta benda kita, 2.5% dari harta kita itu adalah bukan hak kita tetapi hak golongan 8 asnaf yang layak menerima zakat daripada kita. 
Zakat harta wajib dikeluarkan kerana ia adalah satu jalan jihad kepada Allah dan Islam.



  • Jadual zakat

Perkara yang menyebabkan zakat wajib dibayarNilai minimum yang diperlukan bagi membayar zakat (Nisab)Kadar pengeluaran zakat
1. Hasil keluaran pertanianAwsuq[3][4] (653 kg (1,440 lb)) per tuaian5% dari hasilan tanah usaha dalam bentuk irrigasi; 10% dari hasilan tanah yang disirami hujan semulajadi.[5]
2. Emasperak, hasilan emas dan perak85 g (3 oz) emas atau 595 g (21 oz) perak[6]2.5% nilai[6]
3. Simpanan dalam bank atau dalam tanganNilai 595 g (21 oz) perak[6]2.5% jumlah[6]
4. Barangan daganganNilai 595 g (21 oz) perak[6]2.5% nilai barang[6]
5. Hasilan perlombonganApa-apa kuantiti[6]20% dari nilai hasilan[6]
6. Lembu dan kerbau30 ekor dalam bilangan[6]seekor dari 59 ekor yang pertama, 2 ekor untuk 89 ekor seterusnya, 3 ekor untuk 150 ekor seterusnya, atau seekor lembu/kerbau berumur setahun bagi 39 ekor pertama, 1 ekor lembu/kerbau berumur 2 tahun bagi 59 ekor seterusnya, 2 ekor lembu/kerbau berumur setahun bagi 69 ekor seterusnya[6]
7 Kambing & kambing biri-biri40 dalam bilangan[6]1 ekor untuk 40 ekor pertama, 2 ekor untuk 120 seterusnya; 3 ekor untuk lebih dari 200 ekor, 1 ekor tambahan bagi setiap 100 ekor seterusnya[6]
8. Unta5 dalam bilangan[6]
  1. sehingga 5-24, 1 ekor kambing biri-biri atau kambing bagi setiap 5 ekor unta;
  2. 25-35, seekor setahun unta betina;
  3. 36-45, seekor 2-tahun unta betina;
  4. 46-60, seekor 3-tahun unta betina;
  5. 61-75, seekor 4-tahun unta betina;
  6. 76-90, dua-ekor 2-tahun unta betina;
  7. 91-120, tiga-ekor 3-tahun unta betina;
  8. 121 atau lebih, seekor 2-tahun unta betina untuk setiap tambahan 40 ekor atau seekor 3-tahun unta betina untuk tambahan 50 ekor. Mereka juga mesti memberi makanan dan peralatan kendiri bagi setiap satu ekor unta yang hendak dizakatkan.[6]

  • Golongan yang layak menerima zakat

Zakat ini mesti dibayar kerana ia akan digunakan untuk kerja kebajikan seperti memberi bantuan kepada 8 golongan asnaf yang berhak untuk menerima wang zakat. 8 golongan adalah:
  1. Fakir - Orang yang tidak berharta serta tidak mempunyai pekerjaan sama sekali, atau orang yang mempunyai harta dan pekerjaan tetapi tidak dapat menampung keperluan hariannya. Contoh, keperluannya sehari ialah RM 10.00 tetapi dia hanya ada RM 2.00 sahaja.
  2. Miskin - Orang yang mempunyai harta tetapi tidak mencukupi keperluan hariannya. Contoh, keperluan hariannya RM 10.00, tetapi dia hanya ada RM 7.00 sahaja.
  3. Amil - Orang/Pekerja yang ditugaskan oleh pemerintah mengutip/mengagih zakat.
  4. Muallaf - Saudara baru memeluk Islam
  5. Riqab - Hamba yang menebus dirinya secara ansuran.
  6. Al-Gharimin - Orang yang menanggung hutang dan tidak mampu untuk menyelesaikanya
  7. Fisabilillah - Orang yang berjuang di jalan Allah.
  8. Ibnus sabil - Musafir yang terputus bekalannya semasa di perantauan
Selain dari golongan 8 asnaf ini, mereka TIDAK LAYAK untuk menerima wang zakat.

  • Hikmah Zakat

  1. Mengurangkan jurang antara mereka yang berada dengan mereka yang miskin.
  2. Membantu mereka yang berjuang dan berdakwah dalam meninggikan kalimah Allah SWT.
  3. Membersihkan dan mengikis akhlak yang buruk
  4. Alat pembersih harta dan penjagaan dari ketamakan orang jahat.
  5. Ungkapan rasa syukur atas nikmat yang Allah SWT berikan
  6. Untuk pengembangan upaya umat
  7. Memberi kekuatan moral kepada orang yang baru masuk Islam
  8. Menambah pendapatan negara untuk projek-projek yang berguna bagi ummat.

TOPIK 8 ( nAJiS )


  • Maksud Najis: 


Sesuatu benda kotor yang menyebabkan tidak sah solat dan tawaf.

  • contoh2x najis ada sembilan jenis,iaitu:
a) tahi
b) bangkai haiwan

c) nanah

d) darah

e) air kencing

f) khinzir

g) anjing

h) muntah

i) arak


  • Bahagian najis ada tiga:
1. Najis mukhafafah

air kencing anak lelaki di bawah 2 tahun yang hanya menyusu susu ibu sahaja, 

cara menghilangkannya :
  •  Renjiskan sedikit air sehingga hilang kesan najis .

2.Najis Mutawasitah ( Sederhana/Tengah-tengah)


Selain dari babi, anjing dan air kencing anak lelaki di bawah 2 tahun yang hanya menyusu susu ibu sahaja, semua najis adalah najis mutawasitah (pertengahan).


Cara menghilangkannya :

  • Hilangkan dan bersihkan ain (benda) najis itu terlebih dahulu. Pastikan bau, warna dan rupa najis itu hilang sepenuhnya. Jika warna atau bau najis sangat sukar dihilangkan, ia boleh dimaafkan tetapi jika rupa (aini) najis itu masih kelihatan, ia tidak boleh dihukum suci (najis tidak terangkat).
  • Kemudian jirus atau lalukan air mutlaq (air paip) ke tempat yang terkena najis itu sekali sahaja.


 3. NAJIS MUGHALLAZAH (Berat).
  • Najis mughallazah ialah anjing dan babi dan keturunan daripada keruanya atau salah satu daripada keduanya.  Maka daging anjing dan babi, air liurnya, kotorannya, peluhnya dan lain-lain daripada keduanya adalah najis yang berat iaitu najis mughallazah.
  • Cara menyucikannya ialah hendaklah dibuang najis itu terlebih dahulu, kemudian barulah tempat yang terkena najis dicuci dengan air Mutlak sebanyak tujuh kali dan sekali daripadanya dengan air yang bercampur dengan tanah yang suci sehingga hilang sifatnya (bau, rasa dan warnanya).
  • Adapun tanah yang bercampur itu hingga mengeruhkan warna air tersebut.

ANJING

BABI

topik 7 ( sOlAt )



Solat terbahagi kepada dua iaitu solat fardhu dan solat sunat.
Solat fardhu ialah solat yang wajib ditunaikan oleh umat islam iaitu solat subuh, zohor, asar, maghrib dan isya'.
Sekiranya seseorang itu tertinggal salah satu solat, wajib baginya untuk menggantikan solat tersebut dengan niat qada.


  • 1. Waktu-waktu Solat



  1. Solat Zohor Waktunya dimulai sejak matahari tergelincir ke barat dan berakhir di saat bayangan sesuatu benda itu sama betul panjangnya dengan benda itu.
  2. Solat Asar Waktunya dimulai setelah waktu Zohor habis, iaitu ketika bayangan sesuatu benda sama panjang dengan bendanya dan berakhir setelah terbenamnya matahari.
  3. Solat Maghrib Waktunya dimulai setelah terbenamnya matahari dan berakhir apabila mega merah telah hilang.
  4. Solat Isyak Waktunya dimulai setelah hilangnya mega merah sampai terbitnya fajar shadiq.
  5. Solat Subuh Waktunya dimulai setelah terbit fajar shadiq sampai terbitnya matahari.

  • 2.Syarat Wajib Solat

  1. -islam
  2. -baligh
  3. -berakal
  4. -suci daripada hadas kecil dan besar

  • 3. Syarat Sah Solat

  • Suci dan bersih badannya dari hadas besar dan kecil – Ertinya seseorang itu telahpun berwuduk dan mandi hadas. Sabda Rasulullah s.a.w.
      "Allah tidak menerima solat seseorang dari kamu, apabila dia berhadas sehingga dia berwuduk" (H.R. Bukhari,Muslim).
  • Suci dan bersih pakaian serta tempat solat dari najis – Orang yang mendirikan solat wajib suci pakaian dan tempat solatnya dari najis, kecuali najis yang dimaafkan seperti darah yang sedikit, kotoran yang melekat pada kaki dan sebagainya. Dalam kaedah feqah disebutkan bahawa "kesukaran itu dapat menarik keringanan", oleh itu najis yang dimaafkan itu tidak membatalkan solat.
  • Menutup aurat – Adapun menutup aurat bagi wanita ialah seluruh tubuhnya kecuali muka dan kedua tapak tangan. Manakala aurat lelaki ialah diantara pusat hingga lutut. Batas ini paling penting dan wajib ditutup dalam solat. Firman Allah s.w.t.
      "Wahai manusia, pakailah perhiasan mu ketika hendak solat di masjid" (Al-A'raf:31).
  • Menghadap Kiblat – Ketika mendirikan solat, kita diwajibkan menghadap kiblat iaitu Kaabah 

(nota: sekiranya sesudah tamat solat, lalu disedari perkara yang tersebut di atas terjadi - misalnya didapati ada najis di sejadah - maka perlulah diulangi solat itu kerana ia tidak menepati syarat sah solat)
  

  • 4. rukun solat
  1. Berdiri bagi yang mampu. [Fi'li]
  2. Niat.[Qalbi]
  3. Takbiratul Ihram (Allahu Akhbar yang pertama). [Qauli]
  4. Membaca surah Al-Fatihah. [Qauli]
  5. Rukuk dengan tama'ninah .[Fi'li]
  6. Iktidal dengan tama'ninah. [Fi'li]
  7. Sujud dengan tama'ninah. [Fi'li]
  8. Duduk di antara dua sujud, dengan tama'ninah. [Fi'li]
  9. Duduk Tasyahhud akhir. [Fi'li]
  10. Membaca bacaan Tasyahhud Akhir. [Qauli]
  11. Selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. dalam Tasyahhud Akhir. [Qauli]
  12. Mengucapkan salam yang pertama. [Qauli]
  13. Tertib [Qalbi]



TOPIK 6 ( AiR MuTHlAK )




  • 1. Air Mutlak
Air yang suci pada dirinya dan dapat menyucikan yang lain. Air mutlak adalah air yang belum bercampur dengan najis, air takungan yang lebih dari dua kolah dan air yang tidak digunakan lagi dan tidak bercampur dengan zat-zat yang lain.



 Jenis-jenis air mutlak
-air sungai 
-air perigi 
-air hujan
-air embun
-air laut
-air salji
-air mata air 


  • 2. Air Mustakmal


Air mustakmal ialah air yang telah digunakan, seperti air bekas mandi, air bekas wuduk, air bekas basuhan dan seumpamanya. Air mustakmal tidak sah dan tidak suci digunakan untuk menyucikan yang lain.



  • 3. Air Mutannajis
Air mutanajis ialah air yang bercampur dengan najis. Ada beberapa ketetapan mengenai air mutanajis iaitu :

  1. Air yang mengandungi najis kurang dari dua kolah, sekalipun air itu tidak berubah warna, bau dan rasa. Maka hukum air itu adalah mutanajis dan tidak sah untuk bersuci.
  2. Bila air melebihi dua kolah, tetapi air tersebut berubah warna, bau dan rasa disebabkan najis. Maka air itu dinamakan air mutanajis dan tidak sah digunakan untuk bersuci.
  3. Air dicampuri barang yang tidak najis, tetapi mempunyai warna, bau dan rasa pada air tersebut, maka air itu tidak sah digunakan untuk bersuci.


  • 4. Air Musyammas
air musyammas ialah air yang bertakung di dalam tin yang terdedah pada sinar matahari di negeri yang panas. Air ini suci lagi menyucikan tetapi makruh digunakan untuk bersuci. 



  • 5.Air Muqaiyyad
Air muqayyad ialah air yang bercampur dengan sesuatu yang suci yang mengubah salah satu sifatnya sama ada dari segi warna, bau atau rasa yang menyebabkan air tersebut tidak dipanggil air mutlak lagi. Contohnya air mawar, air kopi, air tebu, air sabun dan seumpamanya. Walau bagaimanapun, qayyad pada air terbahagi dua :
  1. Qayyad Lazim iaitu qayyad yang tidak bercerai sehingga menjadikannya berbeza langsung dari air mutlak seperti air kopi, air madu, air mawar.
  2. Qayyad Musfaq iaitu qayyad yang bercerai iaitu yang tidak lazim bagi air seperti air hujan, air perigi. Maka air tersebut masih lagi dinamakan sebagai air mutlak.
Qayyad Lazim juga turut dinamakan sebagai air muqayyad yang membawa pengertian air bervariasi. Kesimpulannya air muqayyad ialah air yang suci bercampur dengan benda suci yang boleh mengubah air itu. Hukumnya suci tetapi tidak boleh menyucikan benda yang lain. Contohnya air kopi, air teh, air sirap , air kelapa, air mawar, air tebu dan sebagainya.



  • LATIHAN ..

TOPIK 5 ( IstInjAk )

  • Maksud :

Istinjak merujuk kepada penyucian seseorang daripada najis berikutan membuang air besar ataupun air kecil dengan cara menyucikan pada tempat terbitnya najis tersebut menggunakan air ataupun lain-lain benda yang dibolehkan. Yang diistinjak adalah sesuatu yang keluar daripada 2 jalan perlepasan - qubul dan dubur. Hukum melakukan istinjak adalah wajib.

  • Bahan Yang Boleh Digunakan Sewaktu Istinjak

  1. Menggunakan sesuatu yang keras dan kesat diikuti air.
  2. Menggunakan air semata-mata.
  3. Menggunakan sesuatu yang keras dan kesat seperti batu, daun-daun kering atau kertas semata mata. Bilangan batu yang digunakan biarlah jumlah yang ganjil.

Beristinjak dengan benda-benda kesat mesti memenuhi beberapa syarat seperti berikut :

  1. alat tersebut kering dan bersih
  2. najis yang hendak dicuci masih belum kering
  3. najis tersebut tidak beralih daripada tempat asalnya;
  4. beristinjak dilakukan dengan disapu sebanyak tiga kali, dan sekiranya belum bersih mesti diulang sehingga bersih dari kesan warna, kesan rasa (fizikal) dan kesan bauannya .

  • Barang yang dilarang digunakan untuk beristinjak
Terdapat bahan-bahan yang tidak boleh digunakan untuk melakukan istinjak seperti barang-barang yang dimakan oleh manusia seperti buah-buahan, ataupun bahan makanan yang lain.
Kita juga tidak boleh menggunakan tulang-tulang binatang untuk beristinjak. Ini diambil dari hadis Dari Ibnu Mas'ud bahawa Nabi saw pernah bersabda : “Janganlah kamu beristinjak dengan tahi kering dan jangan pula dengan tulang-tulang kerana sesungguhnya tulang-tulang itu makanan saudaramu dari bangsa jin” HR At Tarmizi. Kita dilarang beristinjak menggunakan kertas atau sesuatu yang mempunyai tulisan ayat-ayat suci Al-Quran ataupun kertas yang tertulis di atasnya nama-nama Allah.
  • Adab Beristinjak

  1. Semasa melakukan istinjak kita dilarang menggunakan tangan kanan.

    "Dikatakan orang pada Salman : Nabimu telah mengajar kamu segala sesuatu sampai soal kekotoran. Ujar Salman : Memang, kami di larang mengadap kiblat di waktu buang air besar atau kencing, atau bersuci dengan tangan kanan atau bersuci dengan batu yang banyaknya tidak cukup tiga buah atau bersuci dengan barang najis atau tulang. " HR Muslim
  1. Apabila telah selesai melakukan istinjak dan ketika keluar dari tandas, dahulukan kaki kiri dari kanan bergerak keluar dan memuji Allah yang telah menghilangkan penyakit.

tOpIk 4 ( pUasA )

  • Puasa Ramadhan

Puasa Ramadhan ertinya menahan diri daripada makan dan minum serta segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar sehinggalah terbenam matahari pada bulan Ramadhan. Hukum puasa Ramadhan adalah wajib bagi umat Islam. UmatIslam juga dikehendaki menahan diri daripada menipu, mengeluarkan kata-kata buruk atau sia-sia, serta bertengkar atau bergaduh. Ini kerana puasa merupakan medan latihan memupuk kesabaran, kejujuran serta bertolak ansur dalam diri. Secara tidak langsung amalan puasa akan menyuburkan sikap murni di dalam diri pelakunya. Adalah menjadi harapan kita agar kesemua nilai yang baik ini akan terus dipraktikkan ke bulan-bulan berikutnya.

  • Niat Puasa Ramadhan

Tidak wajib dan tidak juga sunat berniat dalam bahasa Arab, memadai dalam bahasa Melayu atau apa-apa bahasa yang kita fahami. Tetapi baik dan berpahala jika diamalkan dalam bahasa Arab dengan niat kita cinta kepada bahasa Arab sebagai bahasa Nabi Muhammad s.a.w. dan bahasa Al-Quran.

  • Lafaz niat

Lafaz setiap malam. Niat ringkas:

نَوَيْتُ صَوْمَ رَمَضَانَ لِلَّهِ تَعَالَى


Niatnya: Sahaja aku puasa Ramadhan kerana Allah Taala.


نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ لِلَّهِ تَعَالَى

 Niatnya: Sahaja aku puasa esok kerana Allah Taala.

Lafaz Niat Yang Lengkap:


نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى


Niatnya: Sahaja aku puasa esok hari bagi menunaikan puasa Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.


نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى


Niatnya: Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.


نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ وَ إِلَى ءَاخِرِ رَمَضَانَ لِلَّهِ تَعَالَى


Niatnya: Sahaja aku berpuasa esok dan sehingga akhir Ramadhan ini kerana Allah Ta’ala.

  • Waktu berniat

Waktu berniat bermula daripada terbenam matahari, yakni masuk waktu sembahyang fardhu Maghrib hinggalah sebelum terbit fajar shadiq (waktu Subuh). Oleh itu, bolehlah dilakukan niat puasa pada mana-mana bahagian daripada waktu tersebut, walaupun semasa berbuka.

  • Hukum puasa

Wajib

  • Puasa Wajib

  1. Puasa di bulan Ramadhan merupakan salah satu daripada Rukun Islam. Syariat puasa Ramadhan difardhukan kepada umat Muhammad s.a.w. pada tahun ke-2 Hijrah. Makanya, wajiblah ia dilakukan oleh semua orang Islam.
  2. Puasa Kifarah.
  3. Puasa qadha
  4. Puasa Nazar.

  • Puasa Sunat

Hari-hari berikut disunatkan berpuasa bagi umat Islam:
  1. Puasa enam hari pada bulan Syawal
  2. Puasa pada Hari Arafah pada 9 Zulhijjah, namun menurut Ahli Sunah Waljamaah (Sunni), berpuasa pada 9 Zulhijjah adalah haram bagi orang yang menunaikan ibadah Haji. Berpuasa pada 9 Zulhijjah juga adalah dilarang dalam Mazhab Syiah.
  3. Puasa pada hari tasu'a 9 muharam danHari Asyura pada 10 Muharam
  4. Puasa pada Hari Isnin dan Khamis
  5. Puasa pada 13, 14, 15 haribulan pada setiap bulan Islam Hijrah. Pada tarikh-tarikh tersebut bulan akan berada dalam keadaan amat jelas kelihatan serta purnama penuh. Juga dikenali sebagai Puasa Hari Putih.

  • Puasa Haram

  1. Puasa pada Hari Syak pada hari 30 Syaaban
  2. Puasa pada Hari Raya Aidil Fitri pada 1 Syawal
  3. Puasa pada Hari Raya Aidil Adha pada 10 Zulhijjah
  4. Puasa pada Hari Tashriq pada 11, 12, 13 Zulhijjah
  5. Puasa perempuan haid & Nifas
  6. Puasa pada Hari Arafah yakni pada 9 Zulhijjah, larangan berpuasa menurut Mazhab Syiah, tetapi berpuasa pada hari tersebut adalah sunat bagi Muslim yang mengikuti Mazhab Ahli Sunah Waljamaah, namun menurut pandangan Ahli Sunah Waljamaah juga, haram berpuasa pada hari tersebut bagi orang yang menunaikan Haji di Arafah.
  7. Puasa sunat seorang perempuan tanpa izin suaminya sedangkan suaminya berada di rumah
  8. Puasa bagi orang yang bimbang berlakunya mudharat ke atas dirinya kerana berpuasa

  • Syarat wajib puasa

Orang-orang Islam yang memenuhi syarat-syarat di bawah ini diwajibkan berpuasa pada bulan Ramadhan:
  • Berakal/waras
  • Baligh (cukup umur)
  • Mampu/tidak uzur.
  • Syarat sah puasa
  • Orang Islam
  • Berakal - tidak sah jika gila atau kanak-kanak belum mumayyiz
  • Suci daripada haid dan nifas
  • Dalam waktu yang dibolehkan berpuasa, iaitu bukan dalam tempoh haram puasa.


  • Rukun puasa

Rukun puasa ada dua, iaitu:
  • Berniat pada malam harinya
  • Menahan diri dari perkara-perkara yang membatalkan puasa mulai terbit fajar hingga terbenam matahari.


  • Sunat puasa

Perkara-perkara berikut disunatkan ketika berpuasa:
  • Makan sahur serta melambatkannya
  • Menyegerakan berbuka dan sunat berbuka dengan buah kurma atau benda-benda yang manis atau air
  • Menjamu orang-orang berbuka puasa
  • Solat Tarawih pada malam harinya
  • Memperbanyakkan ibadah dan berbuat kebaikan
  • Berungguh-sungguh dan tekun berjaga malam pada 10 malam terakhir Ramadhan untuk mendapatkan malam al-Qadar atau Lailatul Qadar.


  • Perkara yang membatalkan puasa

Manakala perkara-perkara berikut akan membatalkan puasa jika terjadi:
  • Makan dan minum dengan sengaja walaupun pada nilaian dan kadaran yang sedikit pun,seperti memakan saki baki makanan kecil yang terlekat pada celah gigi dan lain-lain lagi.
  • Muntah dengan sengaja
  • Bersetubuh
  • Mengeluarkan air mani dengan sengaja
  • Keluar darah haid atau nifas
  • Hilang akal (seperti gila)
  • Pitam(termasuk pengsan) atau mabuk sepanjang hari.
  • Merokok disiang hari.(Termasuk menghisap ganja atau dadah)
  • Murtad (keluar dari Islam)
  • Memasukkan sesuatu ke dalam rongga terbuka seperti menyembur pewangi atau menyegar mulut dan sebagainya.Larangan ini tidak termasuk memasukkan air atau udara kedalam rongga terbuka kerana ingin berwuduk atau melegakan kesakitan dan ketidakselesaan pada rongga(dengan syarat air tersebut tidak diminum atau ditelan dengan sengaja).


  • Mereka yang diizinkan berbuka puasa sebelum waktunya

Terdapat kelonggaran (harus) kepada golongan yang berikut untuk berbuka:
  • Orang yang sakit .
  • Orang yang berkerja buruh.
  • Orang yang dalam perjalanan lebih dari 2 marhalah (musafir).
  • Orang tua yang sudah lemah.
  • Orang yang hamil dan ibu yang menyusukan anak.


  • Doa buka puasa

اللهم لك صمت وبك امنت وعلى رزقك أفطرت
Ya Allah, Aku telah berpuasa untuk Kau dan pada Kaulah aku mempercayai dan aku membuka puasa dengan apa yang Kau berikan